Saturday 10 September 2016

Tudung Labuh

dilabel ustazah semata2
biarkan,
asalkan hati tetap teguh mencari ilmu dunia dan akhirat

digelar jauh dari maksud fesyen
biarkan,
asalkan aurat sedikit pun tidak terbuka

disindir kolot dimata mereka
biarkan,
teruskan gigih berusaha menggapai muslimah 

sedangkan yang baru bertudung pun tetap menjadi buah mulut orang, sedangkan dia dalam proses istiqamah, akhirnya ada yg putus asa, 
apatah lagi yang bertudung labuh lagi banyaklah diperkatakan tambahan lagi akan menjadi bahan utama di mata mereka

kita abaikan semua itu,
nilaian manusia, tidak akan pernah ada yang sempurna dimata mereka,
mereka hanyalah manusia biasa yang juga ciptaan Allah

bila kita sedang diduga,
sedarilah, ia hanya ujian sementara
mengapa ?
kerana kita hamba Allah yang istimewa 

pandangan manusia ?
memang tidak mudah diubah, tidak mudah diteka

jika tidak mampu memenangi dari sudut mata,
perbaikilah adab, akhlak dan tutur kata
kenali hati mereka, dakwah mereka dengan hikmah
jangan kasari mereka
bersopanlah, tarik mereka perlahan-lahan 
mau'idzah hasanah

semoga kita tetap istiqamah dengan perubahan, jadikan Allah sebagai tujuan 
qawiy !

No comments:

Post a Comment