Monday 12 August 2013

Muhasabah diri

Siapakah aku ??

Dari mna asalku ??

Mengapa aku ada di dunia ini ??

Sempurnakah aku ??

siapakah aku ???
aku adalah insan yang lemah yang menagih cinta dan keampunan dari Pencipta Hati ...
mengapa dikatakan aku insan yang lemah ??
kerana aku masih merangkak dalam memburu an-nur .. merangkak dalam memburu maghfirah ...
masih bingung jalan mana yang harus aku lalui , jalan lurus ataupun bengkok ...
aku masih lalai dalam hiburan duniawi yang sesungguhnya ujian yang berat harus aku lalui ..

dari mana asalku ???
aku adalah ciptaaan oleh AL- MALIK yang berasal dari tanah ....
aku dilahirkan dari rahim seorang ibu yang telah banyak berkorban dalam membesarkan aku ...
tapi knapa terkadang aku lalai dalam menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang hamba Allah ?
kenapa terkadang aku lalai dalam melaksnakan tanggungjawabku sebgai seorang anak ?
adakah aku lupa asal usul ku ???
tidak ! aku tahu asal usulku , tetapi aku alpa dan lalai dalam mengingatiNya ...
dan aku terleka ketika ingin menghargai jasa ....

mengapa aku ada di dunia ini ???
sesungguhnya di dalam surah Adz - Dzaariyat ( ayat 56 ) Allah telah nyatakan ,
" S'sungguhnya tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaKu "
lalu kenapa perlu dipersoalkan ??
kerana aku sedar bahawa aku al-insan yang m'punyai bnyk kekeliruan ...
aku tahu tetapi aku tidak laksanakan ... aku belajar tapi aku tidak praktikkan ...
mengapa ia berlaku ???
kerana aku lalai dengan keduniaan yang telah merasuk ke dalam mindaku ...
dan m'buatkan sedikit demi sedikit cintaku kepadaNya terhakis ...
ini cubaan berat yang amat berat bagi seorang manusia ...
Astaghfirullahaladzim ......

Sempurnakah aku ???
tidak ! mengapa aku katakan tidak ??
kerana perkataan sempurna itu hanyalah layak diberikan kepada Pencipta Hati yang tiada cacat celaNya 
sedang aku hanya manusia biasa yang masih terkapar2x mencari jalan untuk aku lalui ...
manusia yang tidak sedar , baikkah atau burukkah jalan yang pernah aku lalui ..
hamba yang berdosa , hamba yang alpa , hamba yang leka ....
Astaghfirullahaladzim ......

Ketahuilah bahawa kita hanyalh seorang al insan yang tidak sempurna ...
dan perkataan taubat itu haruslh sentiasa muncul dari bibir kita ....
bibir yang seharusnya dibasahkan dengan pujian kepada ALLAH S.W.T
dan selawat kepada Rasulullah S.A.W ... 
bukannya dengan cerita , perkataan dan ayat2x keduniaan yang mampu merosakkan 
jiwa dan minda ... Astaghfirullahaladzim .....

Ya Allah , peliharalah hatiku agar jauh dari kerosakkan .....
temukanlah aku dengan orang2x yang dapt memimpinku ke jalan Mu ya Allah ....
Ya Rabb ... bantulah aku m'gejar an-nur yang didambakan dan maghfirahMu yang diperlukan ...
s'sungguhnya aku memohon p'lindungan dan kasih sayang Mu Wahai Pencipta Hati .... aku berharap kepadaMu .... jika belum saatnya aku mendapat hidayahmu maka lindungilah aku .... 


No comments:

Post a Comment