Tuesday 1 October 2013

Istiqamah dalam melakukan perubahan

 ......... بسم الله الرحمن الرحيم........

" Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum,melainkan mereka merubahnya sendiri "
( Ar-Rad:11 )
Menerusi ayat ini dapat kita simpulkan bahawa Allah menginginkan perubahan dari umatnya yang lahir kesedaran di dalam hatinya sendiri tanpa dipaksa atau terpaksa.SubahanAllah,besar sungguh ruang dan peluang yang Allah bagi kn?
Berubah ? perkataan ini agak sinonim dengan perkara yang memerlukan kita berhijrah dari perkara atau sifat lama kepada yang baru,terpulang pada kita ia nya baik atau buruk , tetapi ramai yang menggunakannya untuk memberi petunjuk mengenai perubahan seseorang manusia dari takuk lama ke takuk yang baru,dari buruk kepada baik ... Kenapa dikaitkan dengan perkataan Istiqamah ?
Istiqamah bermaksud suatu yang teguh atau tetap . Misalnya sesuatu yang ingin dilakukan haruslah dilaksanakan secara istiqamah , biarpun perlahan tetapi haruslah istiqamah(tetap).Dalam melayari hidup sebagai seorang muslim , sikap beristiqamah harus ada dalam diri setiap individu muslim kerana di dalam hidup kita , kita akan meakukan ibadah yang memerlukan sifat tetap ia itu tidak berubah.Dalam firman Allah ,

"Jikalau mereka berada tetap(Istiqamah) di jalan lurus(Agama Islam) maka mereka akan diberi minum air yang segar ataupun dikurniakan rezeki yang banyak . "
( Al-Jin : 16 )
ayat ini menjelaskan bahawa sifat istiqamah itu harus ada dalm diri individu muslim agar tetap di jalan Allah serta mendapat ganjaran dari Allah S.W.T .
" Tidaklah Aku ciptakan manusia dan jin melainkan utuk beribadah kepadaKu "
( Ad-Dzariyaat : 56 )
ayat ini pula menerangkan tentang mengapa Allah menciptakan makhluk(manusia dan jin) yang menyatakan bahawa kita dicipta untuk mengabdikan diri kepadaNya dan beribadah kepadanya.lalu telah terang dan nyata bahawa wajib adlah hampir dengan istiqamah iaitu sesuatu yang wajib adalah perlu dilakukan seara tetap ( istiqamah ).

Kembali kepada konteks ayat kita iaitu Istiqamah dalam melakukan perubahan . Setiap manusia mempunyai kelemahan serta kekurangan sendiri.setiap manusia akan membuat kesilapan maka dari itu kita memerlukan perubahan agar kesilapan tersebut tidak berulang kedua kalinya.Setiap perubahan haruslah disertai dengan sifat istiqamah agar perubahan yang ingin dilakukan itu tercapai dengan jayanya.seperti contoh,kita petik dari kisah khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang istiqamah dalam berubah sehingga menjadi antara orang yang dikagumi dalam Islam kerana pada sebelum beliau menjadi khalifah,beliau belum lagi memeluk Islam.terdapat juga kisah2x lain yang dapat kita contohi yang berkaitan dengan topik kita.Dapat juga kita ambil dari cerita artis - artis kita di Malaysia yang istiqamah dalam melakukan perubahan contohnya artis perempuan yang kini telah ramai yang memakai tudung yang berhijrah dari zaman lama ke zaman baru.Alhamdulillah Ya Rabb......
Mengapa mereka mampu ? mengapa tidak kita ? sedangkan kita juga manusia seperti mereka , bahkan mempunyai kemampuan,lalu mengapa tidak?

antara halangan seorang manusia ingin berubah ialah,ejekan,sindiran,dan takut untuk menghadapi dunia luar.Astaghfirullah sahabat!jika kita ingin berubah , abaikan kata2x tidak membina yng kita dengar,abaikan mereka . mungkin belum tuba masa mereka menjadi seperti kita,yang telah terbuka minda dan hatinya.doakan saja untuk kebaikannya.Mengapa perlu indah di mata dunia sedangkan hodoh di mata Pencipta ? mengucap yhaa sahabat . dunia ini pinjaman , maka dengan itu lebih baik kita abaikan mata dunia yang hanya tahu melemahkan dan kita fokus terhadap Pencipta yangs sentiasa menguatkan kita.lakukan segalnya agr indah dimataNya.agar kehidupan kita tenang . itu yng dimaksudkan dengan perubahan.

Justeru itu,lakukan perubahan secara perahan tetapi istiqamah agar apa yang kita rancang akan dapat dicapai dengan izinnya.InsyaAllah ....

No comments:

Post a Comment