Tuesday 29 October 2013

Nikah Khitbah @ Nikah Gantung

( Maksud nikah Khitbah @ gantung )

Nikah khitbah adalah sma dgn istilah nikah gantung tetapi khitbah itu nama dalam bahasa arab.Ia adalah pernikahan sama seperti nikah yang biasa dilakukan , yang membezakannya adalah , pasangan suami isteri yang baru lepas nikah itu tidak tinggal sebumbung . Si suami juga tidak wajib memberikan nafkah zahir dan batin . Si isteri pula masih lagi di bawah tanggungan ayahnya sehingga majlis perkahwinan mereka dijalankan ataupun sehingga si isteri tinggal sebumbung dengan si suami .

( Keistimewaan nikah Khitbah @ gantung )

Bagi istilah remaja zaman sekarang , ia dipanggil couple yang halal , ini bermaksud pasangan suami isteri bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki , seperti , berjalan berpegang tangan dan sekiranya si isteri hamil semasa mereka masih dalam tempoh nikah khitbah anak itu sah kerana suami dan isteri telahpun menjalankan akad nikah . 

( Golongan yang melakukan nikah Khitbah @ gantung )

Antara golongan yang melakukan nikah Khitbah adalah ,
> golongan belum berkemampuan untuk menyara keluarga
> golongan masih belajar
> golongan belum mendapat kerja
> golongan pelajar di IPT
               &
banyak lagi .. yang lain sila rujuk kat mna2x sumber sahih lhaa yhaa ... :)

( Boleh dihebahkan ker ? )

seperti yang saya katakan tadi nikah Khitbah adalah sama dengan nikah biasa , kan memang kita digalakkan untuk menghebahkan berita perkahwinan kita so sama juga macam nikah Khitbah nie , adalah digalakkan dan harus untuk kita hebahkan apatah lagi jika ia boleh menimbulkan fitnah . Manusia , ada saja yang terfikir di otak mereka jika nampak lelaki dan perempuan berpegang tangan di khalayak ramai kan , conform diorang fikir yang kita belum kahwin coz yang biasa melakukan nikah Khitbah ni adalah golongan remaja yang masih berstatus pelajar so,bwat apa nak rahsiakan benda baik kan ? 

( Perbezaan nikah Khitbah dengan bertunang )

jelas sekali bahawa kita ketahui pertunangan itu haruslah dirahsiakan dan perkahwinan itu dihebahkan . memang ia hampir sama dengan tunang tetapi bezanya , pasangan bebas melakukan apa sahaja jika nikah Khitbah dan jika tunang tidak ada tiket halal lagi untuk pasangan .

( Bagaimana dengan ibu bapa ? )

Saya pun tak tahu sangat kalau bahas pasal ni , tapi menurut sumber yang saya rujuk , ibu bapa haruslah memberi kebenaran kepada anak jika mereka ingin bernikah kerana sudah saling mencintai , takut fitnah , dan kalah kepada nafsu , kerana jika ibu bapa menolak keinginan mereka pasti berlaku sesuatu yang tidak diingini apabila dicampur dengan hasutan syaitan . Maka dengan itu , turuti keinginan mereka dan biarkan anak2x buat pahala . daripada dok calling , sms , berdua-duaan , bermanja-manja ..... bek biar diorang calling , sms , berdua-duaan , bermanja-manja ngan pasangan diorang kan dapat pahala tu ??? 

hehehe nie suma sekadar perkongsian jak ... manataw berguna untuk antra pembaca2x nie kan .... Allahualam .. tiada paksaan dalam Islam kan cuma kita harus fikir kadang2x benda yang terbaik untuk diri dan agama kita ... jaga maruah diri dan agama kita Insya Allah bahagia dunia akhirat . :)







No comments:

Post a Comment