Friday 24 October 2014

Salah satu tanda kiamat : Ulamak direndahkan , orang jahat dipuja

ASTAGHFIRULLAH ...
sekali lagi kita digemparkan dengan isu baru iaitu fitnah mengenai U.A.I
siapa yang bertanggungjawab ? Allahualam ...
yg penting jika ianya melibatkan fitnah merangkak orang tu cari U.A.I di akhirat nanti sebab nak minta maaf sebab conform x lepas azab ,,,

Dalam Sahih Al-Hakim diriwayatkan dari Abdullah bin Amr' secara marfu' " Sesungguhnya termasuk tanda-tanda datangnya kiamat adalah direndahkan pera ulama dan diangkat orang jahat . "



dah nama pun kita memang umat akhir zaman tapi kalau kita renung balik , sebagai umat akhir zaman ni lah kita perlu berusaha mengejar redha Allah dan mngukuhkan ketaatan , ketaqwaan kita serta keimanan terhadap ALLAH. yang buat fitnah ni tak takut ALLAH ka ? tanda kiamat yang semakin jelas pada zaman sekarang ,, tak risaw ka ? Yang bikin geram ada pulak manusia yang percaya bulat-bulat terhadap fitnah2 ni ... tanpa fikir n selidik dulu ,, lepastu sebarkan ,, ASTAGHFIRULLAH ,,,,
ALLAH telah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
   

jelas dah melalui ayat ni kita tak boleh nak percaya pada sesuatu khabar tanpa usul selidik kebenaran tu apatah lagi bila nak sebarkan ,, hatta hadith pun kita kena selidik kalu nak gunakan atau sebarkan kerana terdapat hadith palsu ,,ni kan pula khabar2 yang memang mengaibkan atau menjatuhkan seseorang .. MasyaAllah ,,,, kita patut sedar bahawa betapa tinggi martabat seorang ulama di sisi ALLAH seperti sabda Rasulullah S.A.W,

" Ulama adalah pewaris para nabi "
( Riwayat At-Tarmidzi )

kenapa Rasulullah sebutkan ulama seperti pewaris para nabi ? kerana ulama yang akan meneruskan dakwah Islamiah terhadap umat Islam ,, sedih bila ada orang yang jahil terhadap agama mnyebarkan fitnah ni dasyat hukumnya ... ingat ,, sekiranya kita berbuat dosa kemudian bertaubat dan memohon maaf kepada ALLAH maka Insya Allah kita diampunkan kerana Allah bersifat Al-Afuwwu iaitu pemaaf ... ttapi sekiranya kita berbuat salah terhadap manusia , sekiranya kita tidak mendapat kemaafan darinya ALLAHUALAM tak tau apa jadi ,,, sedarlah ,,, merangkak kita mencari oarang tu di akhirat nanti ... siapalah saya nak cakap pasal suma nie ,, tapi sekadar peringatan untuk kita bersama ,,, sedar hayat kita semakin singkat ... lagipun sedar x sedar dah 1 muharram pun saya nak minta maaf kalau ada silap dan salah k ,,,bulan baru nak lah amal pun baru dan bertambah ,,, Insya Allah ,, btw fitnah apa pun yang kita dapat sedarlah ALLAH masih ada untuk kita ,,,,




No comments:

Post a Comment