Ini kisah benar. Berlaku dalam dunia realiti, bukannya mimpi . Setelah berzina, masa berlalu. Pregnant, itu berita yang lelaki itu terima. Yes, dia mengandung hasil zina mereka. Keluarga lelaki itu marah. Abang kepada lelaki itu berlari laju untuk serang si lelaki, dan setelah berdepan, jawapan lelaki itu mudah....
"Siapa dia, aku tak kenal. Aku tiada kaitan dengan dia. Langsung tiada."
.Jawapannya ringkas dan mudah. Kemudian si lelaki tinggalkan keluarga perempuan tersebut begitu sahaja.Masa berlalu dengan izin Tuhan, sehinggalah beberapa tahun selepas itu, si lelaki pelik Umi dia menangis. Menangis yang teresak-esak. Umi dia kerap pengsan dan menangis..
Dia tanya, "Kenapa ini? Astaghfirullah!" "Kakak kau, kakak kau mengandung, kakak kau berzina dengan jiran sebelah! " Dia berlari laju menuju jirannya itu, dan jawapan jirannya sangat mengejutkan.
."Siapa kakak kau, aku tak kenal. Aku tiada kaitan dengan kakak kau. Langsung tiada."
.MashaAllah, jawapan itu sangat sama dengan jawapannya suatu ketika dahulu. Istighfar. Dia beristighfar..
Detik masa berlalu, saat demi saat, minit demi minit, hinggalah tiba hari perkahwinan si lelaki. Keluarga lelaki dan keluarga perempuan datang dalam majlis mereka, Meriah. Pada hari pertama antara dia dan isteri dia, satu kata-kata isteri dia membuatkan dirinya sangat terkejut, lebih terkejut daripada berita kakaknya berzina dengan jiran..
"Awak, saya dah pernah berzina sebelum ini. Saya pernah buat hubungan seks dengan lelaki lain sebelum awak. Minta maaf." Perempuan itu telah berzina, sama juga dengan dirinya yang pernah berzina. Istighfar. Dia beristighfar . Keluarga mereka bahagia, ada seorang anak perempuan.
"Abah, pak guard rogol saya." MashaAllah, jantung hati ayah mana yang tak terobek dengan berita anak berumur 6 tahun dirogol ? Istighfar. Dia beristighfar..
Skema ke tidak quote "you get what you give"? Skema tak skema, mohon jaga iman dalam jiwa. Terdetik nak bermaksiat? Ingat, you will get what you give. Skema pun skema lah kan, tapi dalam Quran Allah ada kata mengenai this quote but in different cara penyampaian..
Surah Ghafir, 40.
Dalam ayat ini, Allah kata:
."Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya." You will get what you give. Banyak lagi ayat describing about this, in my research, these are the ayats :.
Al-An-aam : 160
Al-Qasas : 84
Dan lain-lain ayat..
Well, kalau kamu buat zina kepada orang lain dan kamu buat bodoh seperti mana dalam cerita di atas, so you will get what you give. Dosa lain pun sama..
Mencuri.
Mengumpat.
Buat fitnah..
Dan pelbagai lagi maksiat yang ada di atas dunia ini. Haaaa, ni nak tambah bad news untuk kamu, buat benda baik you will not get what you give . Ini serius. Kamu buat baik kamu tidak akan dapat yang setimpal. That's how it works so chill lah.
"Hm. Nak bertapa dalam bilik tak nak buat jahat dan tak nak buat baik. Muktamad!"
.Yes. Bila kita buat baik, kita tidak akan dapat baik yang setimpal. Sebab, bila kamu buat baik, Allah akan bagi LEBIH BAIK daripada apa yang kamu buat baik..
Untuk istilah buat baik, namanya:
YOU WILL GET BETTER FROM WHAT YOU GIVE..
Gituhh! Macam kalau saya kasi awak lolipop kemudian saya akan dapat lolipop yang sama harga dan perisa, gituh ? Tak. Bukan gitu..
Kalau saya bagi awak lolipop perisa strawberi, i will get back lolipop perisa strawberi+vanilla+chocolate yang ada aiskrim tiga tingkat atas lolipop itu dan ada syrup chocolate dan krim import atas lolipop tersebut. Berganda-ganda kan? Syoknya!.
Tak skema kan? So ikhwah akhawat yang allergic dengan perkataan skema, jom kita allergic buat jahat sebab penjahat itu skema dan mulalah kita buat baik kerana orang baik itu tidak skema juga bakal ahli Syurga.
.
No comments:
Post a Comment